I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 10, 2007

Open House Bayt Heik Nizom

- Ya Allah, lame dah rasenye tak update blog ni... bukan ape, laptop sahabat ana rosak. Jadi tak dapat la nak berbuat demikian. Tambah lagi sibuk dengan exam petengahan semester. So, tak dapatla nak jenguk-jenguk blog ana ni. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan kerajinan untuk ana buka blog ni dan update.
-Semalam, ana (Bayt Heik Nizom) buat open house sempena dengan Aidilfitri. Alhamdulillah, ramai jugak yang datang walaupun ader jugak student yang tak datang coz pegi Amman. Walau apepun alhamdulillah, terlaksana jugak. Letih tak terkata la.... Akhawat lepas solat Jumaat sampai pukul 3ptg n syif syabab pulak pukul 4ptg-7mlm. Tapi bukan jadi seperti yang dijadualkan, hancus.... Akhawat tak datang awal, dah nak masuk time syabab datang baru la nak datang. Lepas tu ape lagi, sesak la... trip pertama syabab terpaksa makan kat dalam bilik tido sebab tak cukup tempat. Kesian diorang. So, open house ni berlangsung sampai la pukul 11.30 malam. Persiapannye berhari-hari, sampai tak tido malam, mengalahkan nak buat kenduri kawin. Ayam sampai 28 ekor... Mane taknye, jemputan sampai seluruh student Malaysia Universiti Mu'tah. Maunye tak ramai! Itu pun ader jugak yang tak datang. Kami masak nasi ayam, kuih-kuih simpel, agar-agar dan air spesel...air hijau. Tak pernah bayt lain buat. Namun begitu, alhamdulillah puas hati dapat jamu kawan-kawan. Tambah pulak boleh berkenal-kenalan. Tambah lagi ana ni student baru kat sini. Jadi mestilah berkenalan dengan kawan-kawan baru. Sebelum tetamu balik, kami bagi pulak oleh-ole.... sebagai kenangan la katekan. Dari tengah hari sampai malam, datang tak putus-putus. Terima kasih banyak-banyak la pade kawan-kawan yang sudi datang ke jamuan di bayt ana walaupun terpaksa menempuh kesejukan di permulaan musim sejuk ini. Kami harap layanan yang kami berikan cukup memberi kepuasan kepada kalian. Jaza kumullahu khairan kathira. Kullu 'Am Wa Antum Bikhair....

Friday, November 2, 2007

Perjalanan Takdir Yang Menakjubkan

"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?" Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!" Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.

Ihsan by: calcuttoo@yahoo.com

Siapakah....?

  • Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
  • Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
  • Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
  • Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menambah-nambahkan harta seolah-olah tidak cukup dengan kekayaan yang ada.
  • Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
  • Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
  • Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.