I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 24, 2008

Lelaki Soleh

  1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W
  2. Jihad Fisabilillah adalaah matlamat hidupnya.
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut kepada ujian Allah S.W.T dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
  11. Tawakklal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada-Nya.
  12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
  14. Sangat kuat amar ma'ruf dan nahi munkarnya.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
  16. Pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling menerima sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah S.W.T.
  17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Wednesday, February 20, 2008

Lama dah tak jenguk blog ni...

Hmm... lame dah x jenguk blog ni... Naik merajuk dah blog ni..hehehe.
Namun begitu.. tetap x lupe... Sepanjang masa yang agak panjang lama dah tak update blog ni, banyak pengalaman demi pengalaman sejak menjejakkan kai dibumi anbiya' ni. sama ada pengalaman manis mahupun pahit. Pelbagai kenangan demi kenangan tercipta menghiasi perjalanan hidup ini bergelar mahasiswa yang menuntut ilmu dan pengalaman di Dataran Syam ini. Sedar tak sedar, ana telahpun berjaya menjejakkan kaki di dua benua yang asing daripada benua Asia iaitu benua Eropah dan benua Afrika. Sesuatu yang tak disangka menjadi kenyataan. cadang nak kongsi pengalaman dengan pelawat blog ni... tapi nanti lah... Sejak internet kat umah kne potong, terbantut kegiatan update blog...