I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 1, 2007

Ape2 aje..

Alhamdulillah, dapat juga Allah beri peluang untuk ana update blog ni. Lama dah tak sentuh blog ni..maklumlah, sibuk sikit sejak kebelakangan ni.

-Kini, telah sampai minggu imtihan thani. So, kene la buat persediaan dengan lebih baik berbanding imtihan awwal yang lepas. Sekarang ni boleh dikatakan dapat la tahu serba sedikit mengenai teknik-teknik menjawab soalan di universiti ni. Jadinye kenelah berusaha lebih sikit.

- Musim sejuk pun sudah bermula. Banyak jugak la persediaan kene buat. Dengan bajunye, sweater la, mafla, topi & sebagainya. Maklumlah, student baru la katekan. Pakaian yang tak pernah pakai di Malaysia pun dah mule kene pakai, untuk tahan sejuk. Dengan ketibaan musim sejuk ni jugak cabaran untuk study cukup kuat. Mane tidaknye, ape saje yang berada disekeliling semuanya sejuk. So, mule la malas nak study.. kire nak makan je..lepas tu tido...hehe. Semoga Allah beri kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.amin. Inilah pengalaman pertama berada di negara Jordan ni yang tak akan ana lupakan 4ever n ever in my life.

-Tadi, ana pegi buat kasyfu dam kat Karak. Amik darah untuk buat iqamah. Pegi dengan semua student baru yang lain. Banyak jugak diambilnye darah. Lepas tu x-ray pulak. Rase macam sia-sia je buat medical check-up kat Malaysia sebelum datang sini. Tapi nak buat macam mane kan, dah prosedur hukumah negara ini...ikut je la. Yang kesiannye, ader seorang akhawat ni kena cucuk 7 kali. Coz doktor tak dapat jumpe urat darah dia. Tambah pulak akhawat tu agak berbadan besar. Akhirnya doktor kesiankan dia dan doktor bagi pelepasan pada dia dan terus dikira sihat.

Saturday, November 10, 2007

Open House Bayt Heik Nizom

- Ya Allah, lame dah rasenye tak update blog ni... bukan ape, laptop sahabat ana rosak. Jadi tak dapat la nak berbuat demikian. Tambah lagi sibuk dengan exam petengahan semester. So, tak dapatla nak jenguk-jenguk blog ana ni. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan kerajinan untuk ana buka blog ni dan update.
-Semalam, ana (Bayt Heik Nizom) buat open house sempena dengan Aidilfitri. Alhamdulillah, ramai jugak yang datang walaupun ader jugak student yang tak datang coz pegi Amman. Walau apepun alhamdulillah, terlaksana jugak. Letih tak terkata la.... Akhawat lepas solat Jumaat sampai pukul 3ptg n syif syabab pulak pukul 4ptg-7mlm. Tapi bukan jadi seperti yang dijadualkan, hancus.... Akhawat tak datang awal, dah nak masuk time syabab datang baru la nak datang. Lepas tu ape lagi, sesak la... trip pertama syabab terpaksa makan kat dalam bilik tido sebab tak cukup tempat. Kesian diorang. So, open house ni berlangsung sampai la pukul 11.30 malam. Persiapannye berhari-hari, sampai tak tido malam, mengalahkan nak buat kenduri kawin. Ayam sampai 28 ekor... Mane taknye, jemputan sampai seluruh student Malaysia Universiti Mu'tah. Maunye tak ramai! Itu pun ader jugak yang tak datang. Kami masak nasi ayam, kuih-kuih simpel, agar-agar dan air spesel...air hijau. Tak pernah bayt lain buat. Namun begitu, alhamdulillah puas hati dapat jamu kawan-kawan. Tambah pulak boleh berkenal-kenalan. Tambah lagi ana ni student baru kat sini. Jadi mestilah berkenalan dengan kawan-kawan baru. Sebelum tetamu balik, kami bagi pulak oleh-ole.... sebagai kenangan la katekan. Dari tengah hari sampai malam, datang tak putus-putus. Terima kasih banyak-banyak la pade kawan-kawan yang sudi datang ke jamuan di bayt ana walaupun terpaksa menempuh kesejukan di permulaan musim sejuk ini. Kami harap layanan yang kami berikan cukup memberi kepuasan kepada kalian. Jaza kumullahu khairan kathira. Kullu 'Am Wa Antum Bikhair....

Friday, November 2, 2007

Perjalanan Takdir Yang Menakjubkan

"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?" Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!" Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.

Ihsan by: calcuttoo@yahoo.com

Siapakah....?

  • Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
  • Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
  • Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
  • Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menambah-nambahkan harta seolah-olah tidak cukup dengan kekayaan yang ada.
  • Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
  • Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
  • Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Wednesday, October 24, 2007

Sakitnye kepala....

aduh... sakitnye kepala hari nie.... Panas sangat tadi mase kat Jamiah. Nyaris kelas Ulum Askariy habis cepat. Balik kerumah petang tadi, terus tido. Ingatkan leh la hilang sakit kepala, tapi sakit balik malam ni. macam nak demam pun ada. Inilah kali pertama nak demam kat negara orang. May be sejuk sangat malam ni jadi tak tentu badan nie kot. Esok exam midterm Dr. Bassam, Madkhal Ila Fiqh Islamiy. Harap-harap la boleh jawab dengan baik dan dapat keputusan yang paling baik. Maklumlah, terpaksa bersaing dengan orang arab kat sini yang expert-expert. Dalam kelas boleh buat munaqasyah dengan doktor dan kadang-kadang lak tu boleh pulak begaduh dengan doktor. Yang kite ni, jadi la pendengar dan penunggu yang setia. moga-moga esok lebih baik dari hari ini...amin..

Keajaiban Air

"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (QS. Al Anbiya : 30). Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu dido'akan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambarkan dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah. Percubaan diulangi dengan membacakan kata, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata "setan", kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan "peace" di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan do'a Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah. Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam , Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya.Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah , berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan . Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata "itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia". Prof. Emoto menggangguk "saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam" Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk mempresentasikan penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh"mendengar" kata-kata, "membaca" tulisan, dan boleh "mengerti" pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan , seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam pesanan yang terhasil pada molekul air . Air boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang dido'akan boleh menyembuhkan si pesakit. Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, pesanan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari. Rasulullah SAW bersabda, "Zamzam lima syuriba lahu", "Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya." Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan penyakit, dia akan sembuh. Subhanallah. .. Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat, karena dia menyimpan pesan do'a jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim AS. Bila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Qur'an tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan , daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wudhu 5 kali sehari. Solat sunat , memegang al –Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi.Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Mati pun jenazah wajib dimandikan dan lain-lain keadaan. Kita mestilah menghormati air . Jaga kebersihan dan jaga adab – adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Qur'an dan hadits.

Tuesday, October 23, 2007

Air.... air..... air.....

Hari nie merupakan hari bersejarah buat kami serumah.... Air habis. Hampir dua bulan kami duk sini inilah kali pertama rumah terputus bekalan air... Macam mane nak memasak? nak berwudhuk? Ya Allah... nak tunggu air naik hari jumaat le nampak gayenye... Di sini air dicatu, so hari tertentu je air naik ke tangki. Selalunya kami dengar rumah syabab atau akhawat lain yang tak ade air. Kami pun cakap yang rumah kami tak pernah putus air... tapi, nah...! Kene batang hidung sendiri la pulak... Serik dah lepas nie. Tak nak eksen dah. Kat bumi anbiya' nie tak boleh cakap sebarangan. Cepat je jadinya. Moga-moga ini jadi iktibar untuk semua. Namun begitu alhamdulillah, ader jugak air spare dalam tong. Tapi nak tunggu air naik lambat lagi... bukankah penantian suatu penyiksaan......?

Sunday, October 21, 2007

Imtihan awwal

Imtihan.... satu fenomena yang mungkin menjadi nightmare kepada sesiapa sahaj yang bergelar pelajar. Tak kira dimana, siapa mahupun bila. Namun, adakah ia menjadi bukti untuk menguji bahawa kita benar-benar berilmu atau untuk tujuan lulus semata-mata tanpa memikirkan kualiti ilmu yang kita perolehi sepanjang bergelar sbagai seorang pelajar. Teringat ana pada kata-kata Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi " sesungguhnya telah ramai di kalangan pelajar khususnya pengajian Islam menghafaz semata-mata dan apabila tiba masanya imtihan dimuntahkan semuanya dan selepas sahaja habis imtihan, lupa segala-gala yang dihafal ataupun diingat mahupun difahami". Jadi timbul satu persoalan, adakah kita belajar untuk semata-mata kerana ilmu sahaja, atau kerana untuk lulus atau juga kedua-dua sekali... Terfikir di kotak minda, bahawa kita dimana dan bagaimana...
Namun begitu berdasarkan kepada realiti semasa, sebenarnya kita memerlukan kepada kedua-dua aspek tersebut... pertama: lulus dalam imtihan, kedua: kerana ilmu. Bahkan aulwiyatnya mestilah kerana ilmu dan lulus dalam imtihan sebagai wasilah kita dalam meneruskan kehidupan yang mana waqi' semasa memandang tahap serta kualiti keilmuan seseorang bergantung kepada sijil yang diperolehinya. Lagi tinggi martabat sijil yang diperolehinya, lagi tinggilah pandangan manusia terhadap seseorang itu. Akan tetapi, adakah ini yang harus kita kejarkan sehingga martabat dan maruah ilmu serta kualitinya kita sisihkan..?
Tidak ana nafikan bahawa imtihan merupakan wasilah yang cukup baik untuk kita uji kemampuan dan kefahaman kita terhadap ilmu yang kita perolehi. Teringat ana pada situasi di mana imam al-bukhari pernah diuji oleh sebilangan besar ulama' hadith di Madinah yang mengujinya dengan mencampur adukkan sepuluh buah hadith dengan membuat songsangan serta tukaran terhadap hadith-hadith tersebut sama ada pada sanad mahupun matan hadith. Akhirnya beliau dapat memperbetulkan hadith-hadith berkenaan dengan tepat tanpa ada sebarang kesilapan. Akhirnya keilmuan beliau diiktiraf.
Esok bermulalah ana imtihan awwal di bumi Jordan ini. Banyak cerita yang ana dengar daripada senior-senior tentang senario yang berlaku sepanjang imtihan sama ada dari aspek soalan mahupun pensyarah. Bagi ana, kesungguhan dan doa yang akan membantu kita dalam mencapai kejayaan. Semoga Allah memudahkan perjalanan kehidupan ana dan sahabat-sahabat ana sebagai seorang pelajar khususnya dalam menghadapi imtihan esok hinggalah akhir mingu hadapan......Allahumma Najjihnal Imtihaanu Fid Dunia Wal Akhirah... Amin....

Wednesday, October 17, 2007

Pizza oh pizza

Hari ni rumah ana dikunjungi banat dari Bayt Mama Bushro.... tak tau nak wat ape kami masak nasi ngan lauk sikit... lepas tu buat menu utama bayt kami iaitu pizza.. Pizza pun ana ngan sahabat ana buat secara kebetulan pun...asalnya bayt JIM datang beraya kami buat la pizza yang kami dah upgrade sendiri... tp bile dah bg diorg makan & dapt respons yang baik, kami pun ape lagi... jadikan dia sebagai menu trademark bayt kami.... Sometime tu bila difikirkan may be orang kate bayt kami belagak @ eksen buat western food, tp bagi ana itulah menu yang save bajet dan sedap... berkhasiat, tak perlu masa yang lama untuk buat... kami buat pizza macam mana...? mane leh bagitau... kne menuntut dulu..hehe... Cumanya kelebihan rumah kami ada microwave... tapi bagi pandangan ana.. kalo kita kreatif dalam bab masak memasak nie tak jadi masalah sebenarnya... pandai-pandai la upgrade ke, touch up sikit ke... maklumlah kat negara orang nie bukan sama macam di negara kita... macam2 ada... Di sini banyak kekurangan bahan.. tapi bukan menjadi satu persoalan yang besar dan rumit kalo kita nak buat sesuatu yang mungkin memenuhi citarasa kita yang pelbagai dan ada moodnya. Kadang-kadang bhan yang tak ada kita gantikan dengan bahn lain boleh jadi lebih sedap dan enak di makan berbanding bahan utama... bukankah itu satu cetusan idea dan ilmu baru yang kita dapat secara kebetulan melalui proses atau kaedah cuba-cuba... macam kami buat pizza.... hai pizza.... pizza....

Saturday, October 13, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ini merupakan hari yang brsejarah buat ana coz sambut hari lebaran di luar negara. Beza tu memangla jauh bezanya seperti sambutan lebaran di Malaysia. Tetapi sekurang2nya ada pelajar2 Malaysia nie tak la terasa jauh sangat daripada keluarga.... Kami semua serupa. Sama2 jauh dari keluarga. Kami solat hari raya aidilfitri di surau belakang rumah ana. Masyarakat Arab disini solat sunat aidilfitri seawal 7.00pg.. sedangkan kami pulak dalam pukul 8.30pg... lambat sikit.hehe... Ramai la jugak student yang datang. Ada jugak yg dah solat eid sekali dengan org arab. Lepas tu ana ikut senior2 pg rumah salah seorng pensyarah Universiti Mu'tah yg jatuh sakit... Kakinya patah akibat jatuh di bilik air. Inilah kali pertama ana pegi beraya rumah org arab. Diorg cuma jamu kita dengan coklat dan manisan je... lepas tu kopi arab yg pahit setengah cawan kecik. Lama jugak kami bermunaqasyah disana.Banyak ilmu yg ana perolehi drp beliau. Beliau tak lokek ilmu hinggakan kami tanya mcmmana dia lilit serban untuk nampak kemas mcm dia pakai pun dia ajarkan.... Dia selalu bermulazamah dengan pelajar Malaysia. Tambah pulak adik beliau pernah menjadi pensyarah di Malaysia dan pernah ajar ana kat Malaysia suatu ketika dulu. Tambah pulak ana berkawan dengan anak saudaranya. Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah kerap memangil beliau untuk menyampaikan ceramah/kelas tafaqquh fiddin untk pelajr Malaysia shj. Akhir sekali sempat jugak anan bergambar dengan dia dan dia bagipada kami satu perbahasan berkaitan kewajipan solat fardhu jumaat sekiranya hari raya aidilfiti jatuh pada hari jumaat. Lepas tu kami pegi beraya kejap di rumah salah seorg ustaz yg merupakan student master di Universiti Mu'tah. Seterusnya kami pun balik rumah dan berehat je.... tak cukup tido malam tadi.... Malamnya barulah ana ngan sahabat2 ana pegi beraya 2 buah rumah student Malysia... oklah, esok nak pegi Malaysian Student Department di Amman.... beraya pulak di sana... esok kita cerita lain....Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin... كل عام وأنتم بخير

Friday, October 12, 2007

Di Ambang Raya

Tahun ini merupakan Hari Raya pertama ana jauh dr keluarga dan di luar negara. Kesedihan memanglah tak dapat dibendung tetapi itu bukanlah satu penghalang utuk ana mengejar cita-cita di bumi anbiya' ini. Raya tahun ini merupakan pengalaman baru untuk ana disini. Ana serta sahabat2 ana yang lain dimaklumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari esok (Jumaat). Jauh dri jangkaan awal kami yg raya jatuh hari Sabtu macam Malaysia. So, nak tak nak memang kne sambut la jugak. Walaupun kadang2 rasa macam tak pecaya pun ada. Sahabat2 di Mesir memaklumkan pada kami yg hari raya disana jatuh pada hari sabtu. Walaupun nampak berbeza tetapi secara hakikatnya perlu diterima kerana sudah satu ketentuan berdasarkan syarak. Keputusan esoknya raya kami agak kurang percaya. Jenuh jugak kami bertanya bersungguh2 pada orang arab. Bukan apa, takut di tipunya kami,tak pasal2 ganti posa lagi sehari. Tambah pulak selepas daripada pengumuman tu masyarakat arab disini masih lagi mendirikan solat sunat terawih. Bukan ke pelik namanya. Tapi itlah realiti masyarakat disini. Semasa pengumuman kat TV Jordan, ana ngan sahabat serumah pegi berbukan posa kat rumah Arab... Jadi tak dapat la kami nak tau bila raya.. balik dari berbuka terus ke kedai nak beli barng buat kuih skit. Bila dah tau esoknye raye, mcm tak ckup tangan nak buat semua... Rumah belum dikemas, ape pun tak dibuat untuk persiapan raya esok. Kami semua tak dapat bagitau family pada ketika itu coz mase tu org M'sia sedang nyenyak dibuai mimpi sedangkan di sini baru masuk maghrib. Tunggulah kami ni dengan berdebar2 nak bagitau family yg kmi kat sini raya awal sehari dari Malaysia. Pukl 12 mlm disini bersamaan pukul 5pg waktu m'sia. Bertelefonlah sahabat2 ana pada family masing2. Yang jadi kelakarnya bukan apa, ada sesetengah akhawat nangis2 dah mintak maaf dan bagi ucapan selamat hari raya aidilfiri pada family masing2... tapi family pulak macm biasa je... n ada yg merungut mcm famly tak rasa apa2 bila diorg menangis di pagi raya kat sini. Mana tidaknya, diorg tak akan rasa sedih sebab diorg masih lagi brpuasa n raya esoknya... jadi suasana tu belum ada di sana walaupun disini dah sambut raya.... Ana pun call mak n ayah n adik2... menitis jugak la air mata walaupun time tu dah pukul 2.30pg.... biasa lah tu.... nama pun jauh dari family, tak sedih bukan nama beraya kat negara org... Buta kuih raya pulak tak jadi.... selalu jadi, tapi hari ni sepoil sikit... tengok internet resepi yg salah.. nak buat kuih lain jadi lain.. terus lingkup... Cadangnya nak buat makan2 sikit leps solat sunat aidilfitri, tp kalau dah mengejut, buat rumah terutup je la nampaknye.....

Tuesday, October 9, 2007

Bukak Pose Kat Jamiah

Tadi ana ngan kawan2 dapat la jemputan berbuka puasa kat jamiah. Anjuran MPP Universiti Mu'tah bhgian wafidin (bukan warganegara Jordan). Ahamdulillah, best la jugak dapat bersua dengan pelajar antarabangsa nie. Dari Asia Tenggara pun ada dari timur tengah pun ada. Dapat le kenal sape org Jordan & sape yg bukan. Student Malaysia nampak ciput je... yg nampak banyak sikit pasal ader sebilangan student dari Thailand, Filipina & Indonesia... so, nampak kiirng nie cam same je... Tapi bila bersua, kne cakap arab ngan diorg terutama sekali student Thailand & Filipina. Nak tak nak kne la ckp arab.
Juadah yg di hidangkan bkan main hebat. Sampaikan ana ngan kawan tak lalu nak makan. Mane tak nye, kambing dipanggang sekor2. Dari kepala sampai hujung ekor.... Ader yang dihidangkan kepala kambing panggang. Kite bagi orang Malaysia pelik sangat2 la. Ayam tu pulak belah dua je... kite kalo makan ayam dua ketul pun dah naik muak, inikan sebelah. Tapi itu semua realiti budaya masyarakat Arab di sini. Bab makan banyak2 nie nombor satu, last2 buang kalo tak habis. Membazir je....
Secara kesimpulannya disini ana dapt buat bahawa org arab disini suke buat makanan banyak-banyak sampai tak habis & lepas tu buang je. Adakah ini yg dituntut Islam? Adakah ini sejajar dengan tututan bulan Ramadhan? Mungkin mereka lebih berbangga dengan bangsa mereka yg telah lahirnya rasul-rasul... tetapi untuk menjadikan ia sebagai qudwah yg sempurna masih belum sempurna. Kalo kita lihat bab meraikan tetamu, memuliakan orang lain, percakapan mereka sentiasa dimulakan atau diselitkan dengan zikrullah memng cukup mebanggakan. Tetapi sesetengah perkara mungkin perlu diperbetulkan. Tapi ana tak mngatakan jugak yg orang Malaysia ni bagus2 sangt. Cume satu luahan dari arca pemikiran untuk dijadikan bahan bacaan sebagai wadah penilaian hasil daripada penglihatan & pengalaman..... fikir2kan...

Salam Ta'aruf


Assalamualaikum.... Sebenarnya kewujudan weblog nie secara kebetulan saje... Tapi ana rase ia satu faedah yang baik untuk ana mengekspresikan diri serta sebagai wadah untuk ana membuat luahan serta apa2 je la yang mungkin boleh dikongsi dengan sahabah/sahabiah yang melawat weblog nie... Semoga weblog ini akan menjadi wadah ukhuwwah serta tarbiah mahupun dakwah yang bukan hanya terbatas dek masa mahupun sempadan negara ataupun realiti semasa...dengan internet segalanya boleh... Dari segi positifnya sebaran tarbiah & dakwah dapat berlagsung dengan baik...Ilalliqa'