I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 1, 2007

Ape2 aje..

Alhamdulillah, dapat juga Allah beri peluang untuk ana update blog ni. Lama dah tak sentuh blog ni..maklumlah, sibuk sikit sejak kebelakangan ni.

-Kini, telah sampai minggu imtihan thani. So, kene la buat persediaan dengan lebih baik berbanding imtihan awwal yang lepas. Sekarang ni boleh dikatakan dapat la tahu serba sedikit mengenai teknik-teknik menjawab soalan di universiti ni. Jadinye kenelah berusaha lebih sikit.

- Musim sejuk pun sudah bermula. Banyak jugak la persediaan kene buat. Dengan bajunye, sweater la, mafla, topi & sebagainya. Maklumlah, student baru la katekan. Pakaian yang tak pernah pakai di Malaysia pun dah mule kene pakai, untuk tahan sejuk. Dengan ketibaan musim sejuk ni jugak cabaran untuk study cukup kuat. Mane tidaknye, ape saje yang berada disekeliling semuanya sejuk. So, mule la malas nak study.. kire nak makan je..lepas tu tido...hehe. Semoga Allah beri kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.amin. Inilah pengalaman pertama berada di negara Jordan ni yang tak akan ana lupakan 4ever n ever in my life.

-Tadi, ana pegi buat kasyfu dam kat Karak. Amik darah untuk buat iqamah. Pegi dengan semua student baru yang lain. Banyak jugak diambilnye darah. Lepas tu x-ray pulak. Rase macam sia-sia je buat medical check-up kat Malaysia sebelum datang sini. Tapi nak buat macam mane kan, dah prosedur hukumah negara ini...ikut je la. Yang kesiannye, ader seorang akhawat ni kena cucuk 7 kali. Coz doktor tak dapat jumpe urat darah dia. Tambah pulak akhawat tu agak berbadan besar. Akhirnya doktor kesiankan dia dan doktor bagi pelepasan pada dia dan terus dikira sihat.