I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 21, 2007

Imtihan awwal

Imtihan.... satu fenomena yang mungkin menjadi nightmare kepada sesiapa sahaj yang bergelar pelajar. Tak kira dimana, siapa mahupun bila. Namun, adakah ia menjadi bukti untuk menguji bahawa kita benar-benar berilmu atau untuk tujuan lulus semata-mata tanpa memikirkan kualiti ilmu yang kita perolehi sepanjang bergelar sbagai seorang pelajar. Teringat ana pada kata-kata Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi " sesungguhnya telah ramai di kalangan pelajar khususnya pengajian Islam menghafaz semata-mata dan apabila tiba masanya imtihan dimuntahkan semuanya dan selepas sahaja habis imtihan, lupa segala-gala yang dihafal ataupun diingat mahupun difahami". Jadi timbul satu persoalan, adakah kita belajar untuk semata-mata kerana ilmu sahaja, atau kerana untuk lulus atau juga kedua-dua sekali... Terfikir di kotak minda, bahawa kita dimana dan bagaimana...
Namun begitu berdasarkan kepada realiti semasa, sebenarnya kita memerlukan kepada kedua-dua aspek tersebut... pertama: lulus dalam imtihan, kedua: kerana ilmu. Bahkan aulwiyatnya mestilah kerana ilmu dan lulus dalam imtihan sebagai wasilah kita dalam meneruskan kehidupan yang mana waqi' semasa memandang tahap serta kualiti keilmuan seseorang bergantung kepada sijil yang diperolehinya. Lagi tinggi martabat sijil yang diperolehinya, lagi tinggilah pandangan manusia terhadap seseorang itu. Akan tetapi, adakah ini yang harus kita kejarkan sehingga martabat dan maruah ilmu serta kualitinya kita sisihkan..?
Tidak ana nafikan bahawa imtihan merupakan wasilah yang cukup baik untuk kita uji kemampuan dan kefahaman kita terhadap ilmu yang kita perolehi. Teringat ana pada situasi di mana imam al-bukhari pernah diuji oleh sebilangan besar ulama' hadith di Madinah yang mengujinya dengan mencampur adukkan sepuluh buah hadith dengan membuat songsangan serta tukaran terhadap hadith-hadith tersebut sama ada pada sanad mahupun matan hadith. Akhirnya beliau dapat memperbetulkan hadith-hadith berkenaan dengan tepat tanpa ada sebarang kesilapan. Akhirnya keilmuan beliau diiktiraf.
Esok bermulalah ana imtihan awwal di bumi Jordan ini. Banyak cerita yang ana dengar daripada senior-senior tentang senario yang berlaku sepanjang imtihan sama ada dari aspek soalan mahupun pensyarah. Bagi ana, kesungguhan dan doa yang akan membantu kita dalam mencapai kejayaan. Semoga Allah memudahkan perjalanan kehidupan ana dan sahabat-sahabat ana sebagai seorang pelajar khususnya dalam menghadapi imtihan esok hinggalah akhir mingu hadapan......Allahumma Najjihnal Imtihaanu Fid Dunia Wal Akhirah... Amin....

No comments: