I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 9, 2007

Bukak Pose Kat Jamiah

Tadi ana ngan kawan2 dapat la jemputan berbuka puasa kat jamiah. Anjuran MPP Universiti Mu'tah bhgian wafidin (bukan warganegara Jordan). Ahamdulillah, best la jugak dapat bersua dengan pelajar antarabangsa nie. Dari Asia Tenggara pun ada dari timur tengah pun ada. Dapat le kenal sape org Jordan & sape yg bukan. Student Malaysia nampak ciput je... yg nampak banyak sikit pasal ader sebilangan student dari Thailand, Filipina & Indonesia... so, nampak kiirng nie cam same je... Tapi bila bersua, kne cakap arab ngan diorg terutama sekali student Thailand & Filipina. Nak tak nak kne la ckp arab.
Juadah yg di hidangkan bkan main hebat. Sampaikan ana ngan kawan tak lalu nak makan. Mane tak nye, kambing dipanggang sekor2. Dari kepala sampai hujung ekor.... Ader yang dihidangkan kepala kambing panggang. Kite bagi orang Malaysia pelik sangat2 la. Ayam tu pulak belah dua je... kite kalo makan ayam dua ketul pun dah naik muak, inikan sebelah. Tapi itu semua realiti budaya masyarakat Arab di sini. Bab makan banyak2 nie nombor satu, last2 buang kalo tak habis. Membazir je....
Secara kesimpulannya disini ana dapt buat bahawa org arab disini suke buat makanan banyak-banyak sampai tak habis & lepas tu buang je. Adakah ini yg dituntut Islam? Adakah ini sejajar dengan tututan bulan Ramadhan? Mungkin mereka lebih berbangga dengan bangsa mereka yg telah lahirnya rasul-rasul... tetapi untuk menjadikan ia sebagai qudwah yg sempurna masih belum sempurna. Kalo kita lihat bab meraikan tetamu, memuliakan orang lain, percakapan mereka sentiasa dimulakan atau diselitkan dengan zikrullah memng cukup mebanggakan. Tetapi sesetengah perkara mungkin perlu diperbetulkan. Tapi ana tak mngatakan jugak yg orang Malaysia ni bagus2 sangt. Cume satu luahan dari arca pemikiran untuk dijadikan bahan bacaan sebagai wadah penilaian hasil daripada penglihatan & pengalaman..... fikir2kan...

No comments: