I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 12, 2007

Di Ambang Raya

Tahun ini merupakan Hari Raya pertama ana jauh dr keluarga dan di luar negara. Kesedihan memanglah tak dapat dibendung tetapi itu bukanlah satu penghalang utuk ana mengejar cita-cita di bumi anbiya' ini. Raya tahun ini merupakan pengalaman baru untuk ana disini. Ana serta sahabat2 ana yang lain dimaklumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari esok (Jumaat). Jauh dri jangkaan awal kami yg raya jatuh hari Sabtu macam Malaysia. So, nak tak nak memang kne sambut la jugak. Walaupun kadang2 rasa macam tak pecaya pun ada. Sahabat2 di Mesir memaklumkan pada kami yg hari raya disana jatuh pada hari sabtu. Walaupun nampak berbeza tetapi secara hakikatnya perlu diterima kerana sudah satu ketentuan berdasarkan syarak. Keputusan esoknya raya kami agak kurang percaya. Jenuh jugak kami bertanya bersungguh2 pada orang arab. Bukan apa, takut di tipunya kami,tak pasal2 ganti posa lagi sehari. Tambah pulak selepas daripada pengumuman tu masyarakat arab disini masih lagi mendirikan solat sunat terawih. Bukan ke pelik namanya. Tapi itlah realiti masyarakat disini. Semasa pengumuman kat TV Jordan, ana ngan sahabat serumah pegi berbukan posa kat rumah Arab... Jadi tak dapat la kami nak tau bila raya.. balik dari berbuka terus ke kedai nak beli barng buat kuih skit. Bila dah tau esoknye raye, mcm tak ckup tangan nak buat semua... Rumah belum dikemas, ape pun tak dibuat untuk persiapan raya esok. Kami semua tak dapat bagitau family pada ketika itu coz mase tu org M'sia sedang nyenyak dibuai mimpi sedangkan di sini baru masuk maghrib. Tunggulah kami ni dengan berdebar2 nak bagitau family yg kmi kat sini raya awal sehari dari Malaysia. Pukl 12 mlm disini bersamaan pukul 5pg waktu m'sia. Bertelefonlah sahabat2 ana pada family masing2. Yang jadi kelakarnya bukan apa, ada sesetengah akhawat nangis2 dah mintak maaf dan bagi ucapan selamat hari raya aidilfiri pada family masing2... tapi family pulak macm biasa je... n ada yg merungut mcm famly tak rasa apa2 bila diorg menangis di pagi raya kat sini. Mana tidaknya, diorg tak akan rasa sedih sebab diorg masih lagi brpuasa n raya esoknya... jadi suasana tu belum ada di sana walaupun disini dah sambut raya.... Ana pun call mak n ayah n adik2... menitis jugak la air mata walaupun time tu dah pukul 2.30pg.... biasa lah tu.... nama pun jauh dari family, tak sedih bukan nama beraya kat negara org... Buta kuih raya pulak tak jadi.... selalu jadi, tapi hari ni sepoil sikit... tengok internet resepi yg salah.. nak buat kuih lain jadi lain.. terus lingkup... Cadangnya nak buat makan2 sikit leps solat sunat aidilfitri, tp kalau dah mengejut, buat rumah terutup je la nampaknye.....

No comments: