I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 13, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ini merupakan hari yang brsejarah buat ana coz sambut hari lebaran di luar negara. Beza tu memangla jauh bezanya seperti sambutan lebaran di Malaysia. Tetapi sekurang2nya ada pelajar2 Malaysia nie tak la terasa jauh sangat daripada keluarga.... Kami semua serupa. Sama2 jauh dari keluarga. Kami solat hari raya aidilfitri di surau belakang rumah ana. Masyarakat Arab disini solat sunat aidilfitri seawal 7.00pg.. sedangkan kami pulak dalam pukul 8.30pg... lambat sikit.hehe... Ramai la jugak student yang datang. Ada jugak yg dah solat eid sekali dengan org arab. Lepas tu ana ikut senior2 pg rumah salah seorng pensyarah Universiti Mu'tah yg jatuh sakit... Kakinya patah akibat jatuh di bilik air. Inilah kali pertama ana pegi beraya rumah org arab. Diorg cuma jamu kita dengan coklat dan manisan je... lepas tu kopi arab yg pahit setengah cawan kecik. Lama jugak kami bermunaqasyah disana.Banyak ilmu yg ana perolehi drp beliau. Beliau tak lokek ilmu hinggakan kami tanya mcmmana dia lilit serban untuk nampak kemas mcm dia pakai pun dia ajarkan.... Dia selalu bermulazamah dengan pelajar Malaysia. Tambah pulak adik beliau pernah menjadi pensyarah di Malaysia dan pernah ajar ana kat Malaysia suatu ketika dulu. Tambah pulak ana berkawan dengan anak saudaranya. Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah kerap memangil beliau untuk menyampaikan ceramah/kelas tafaqquh fiddin untk pelajr Malaysia shj. Akhir sekali sempat jugak anan bergambar dengan dia dan dia bagipada kami satu perbahasan berkaitan kewajipan solat fardhu jumaat sekiranya hari raya aidilfiti jatuh pada hari jumaat. Lepas tu kami pegi beraya kejap di rumah salah seorg ustaz yg merupakan student master di Universiti Mu'tah. Seterusnya kami pun balik rumah dan berehat je.... tak cukup tido malam tadi.... Malamnya barulah ana ngan sahabat2 ana pegi beraya 2 buah rumah student Malysia... oklah, esok nak pegi Malaysian Student Department di Amman.... beraya pulak di sana... esok kita cerita lain....Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin... كل عام وأنتم بخير

No comments: